Akaun u4u.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infak Hari Gaji
Apa perkara pertama bila kita dapat gaji?
Shopping? Bayar hutang? Sedekah?
Jom kita amalkan untuk menjadikan
SEDEKAH PERKARA PERTAMA yang kita buat apabila dapat gaji.



BERSIHKAN REZEKI

DENGAN SEDEKAH



Carilah rezeki yang halal lagi baik,

kerana sebaik-baiknya rezeki ialah yang semakin mendekatkanmu kepada Allah.





 

Kami perlukan seribu penderma tegar bulanan untuk meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan perit dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini. 

Minimum RM10 diperlukan dari seribu penderma untuk agihan bantuan barangan dapur dan bantuan-bantuan kecemasan lain.

Squad U4U akan mengagihkan sumbangan infak bulanan ini kepada para asnaf, keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, keluarga yang ditimpa musibah dan lain-lain.




"Jika setiap kali ada orang kesusahan, kita senantiasa berfikir biarlah orang lain yang menolong...

Maka yang susah akan tetap susah, yang menderita akan tetap menderita, yang lapar akan tetap lapar."



Dalam kita membantu orang lain, sebenarnya mereka membantu urusan duniawi dan akhirat kita.


Semoga dengan sumbangan INFAK GAJI para dermawan sekalian, lebih banyak bantuan dapat diagihkan ke serata tempat.





Sumbangan yang diberikan kepada Ukhwah For Ummah (U4U) akan melayakkan anda

memperoleh pemotongan cukai pendapatan.


Semoga sumbangan dan Infaq Tuan/Puan semua diterima oleh Allah SWT.

#InfakHariGaji



JOM SEDEKAH SEKARANG!