
KEMPEN CELIK ILMU INFAK PENDIDIKAN
TABUNG KEBAJIKAN & PENDIDIKAN UKHWAH FOR UMMAH (U4U).
(Setiap infak yang disumbangkan akan mendapat pengecualian Cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.)
Ukhwah For Ummah (U4U) melancarkan kempen yang dinamakan Kempen Infak Untuk Pendidikan Anak-Anak ke dalam Tabung Kebajikan dan Pendidikan Ukhwah For Ummah (U4U). Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu memberi bahan bacaan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu pihak Pertubuhan Ukhwah For Ummah (U4U) mengalu-alukan sumbangan dari pihak anda. Bahan-bahan bacaan ini akan disumbangkan kepada sekolah-sekolah, sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Pihak Ukhwah For Ummah (U4U) mengambil inisiatif ini bagi menggalakkan dan menghidupkan budaya membaca terutamanya dikalangan anak-anak dan pelajar-pelajar sekolah. Usaha ini diharap dapat membangkitkan budaya membaca dikalangan mereka.
Pihak kami maklum, cabaran ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing telah mendedahkan kepada anak-anak mereka kepada gadget. Pihak U4U berharap budaya membaca ini dapat disuburkan kembali kerana individu yang banyak membaca mempunyai idea lebih bernas dan seterusnya boleh menjadi bakal pemimpin yang berkaliber.
Mereka yang rajin membaca akan dilihat sebagai orang yang berilmu. Mereka akan kelihatan berbeza dengan mereka yang tidak membaca dari segi pengetahuan, kecerdasan berfikir dan juga tahap keupayaan berkomunikasi mereka.
Kami menawarkan 3 pakej untuk berinfak bagi Tabung ini.
1. Infak Pendidikan RM100
2. Infak Pendidikan RM500
3. Infak Pendidikan RM1000
(Bahan bacaan yang diberi adalah seperti Al Quran, Buku agama dan buku-buku bacaan umum)
Nota : 1. 10 % dari sumbangan ini akan digunakan sebagai kos operasi Pertubuhan Ukhwah For Ummah (U4U). 2. Setiap sedekah yang disumbangkan akan mendapat pengecualian Cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. 3. Semua urusan penghantaran dan pemberian buku kepada penerima akan dilakukan oleh pihak Ukhwah For Ummah (U4U). |
SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN U4U
SURAT KELULUSAN LHDN
GAMBAR PROJEK
Penerima buku dari Tahfiz di Melaka
Penerima buku dari Sekolah Agama Sinar, di Port Dickson
Sedekah Al Quran di Sekolah Agama di Selayang
PENGALAMAN PROJEK
Pihak Pertubuhan Ukhwah For Ummah (U4U) telah diberi kelulusan pelepasan cukai di bawah Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi derma yang diterima dari orang ramai. Klik [SEMAK] untuk menyemak pendaftaran Pertubuhan Ukhwah For Ummah (U4U) di dalam laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila masukan [Negeri : Selangor] dan [Ukhwah For Ummah] |
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261) FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI |